Sabtu, 1 November 2014

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Antara sebab - sebab mengapa badan kita perlukan supplement.

i.Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang sibuk,jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan bahan kimia.
ii.Pengambilan pil penahan sakit,laksatif,ubat-ubatan,alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan.Amalan diet yang tinggi kafien,lemak,gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.
iii.Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah yang subuh.Racun perosak,racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
iv.Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan,penyimpanan dan penyediaan.Contohnya,vitamin c dan enzim dan mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak.
v.Bagi yang bekerja,makanan tengahari selalunya di luar dan hidangan malam disediakan seringkas mungkin,maka pengambilan makanan seimbang kadangkala tidak dititikberatkan.
vi.Makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang tidak dicadangkan.
vii.Dalam sesetengah situasi,badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan.contohnya vitamin c dan vitamin E yang diperolehi daripada makanan  sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan