Selasa, 30 Disember 2014

KENAPA MAKAN BUAH SEBELUM MAKAN.

Buah biasanya dijadikan makanan segar untuk pencuci mulut selepas makan makanan utama.Namun,kebiasaan ini tidak baik.Cara yang betul adalah makan buah sebelum menikmati hidangan utama.

Hal ini kerana kandungan gula di dalam buah memerlukan masa untuk dicerna.Apabila kita makan buah selepas makan,ia boleh membuatkan perut kita mengalami masalah pencernaan.Apabila hal ini berlaku,nutrisi makanan yang lain tidak dapat diserap dengan baik di dalam tubuh.

Makan buah amat disarankan ketika sarapan.Makan pada waktu pagi dengan potongan buah dan jus berbanding makan sepinggan nasi beserta lauk-pauk lebih di utamakan.Ini adalah kerana buah boleh membantu meningkatkan gula dalam tubuh dengan perlahan.selain itu,makan buah yang sihat sebaiknya tidak dicampurkan dengan bahan tambahan seperti mayones atau aiskrim.

Buah yang sihat untuk dimakan adalah buah-buahan segar.Buah jenis ini lebih baik dibandingkan dengan buah diproses,di dalam tin ataupun buah yang dijadikan jus.Makan buah ketika perut kosong sangat baik agar tubuh dapat menyerap nutrisinya dengan maksimum.

>>>sumber:majalah rapi<<<

KOLESTROL TIDAK MENGIRA SAIZ BADAN.

Kolestrol merupakan sejenis zat dalam golongan lemak.Ia boleh didapati dengan kadar tinggi dalam lemak haiwan dan sangat rendah di dalam sayuran.Sama seperti minyak sapi dan susu yang telah diproses menjadi keju atau mentega.Kandungan kolestrol paling tinggi terdapat pada daging kambing dan kuning telur.

Masalah kolestrol sering dikaitkan dengan mereka yang berbadan besar atau berisi .Tanggapan itu silap kerana kandungan kolestrol tinggi dalam darah sebenarnya tiada kaitan secara langsung dengan saiz badan seseorang.Jadi ,anda janganlah hairan jika orang kurus turut mempunyai paras kolestrol yang tinggi.

Namun begitu,kolestrol juga penting untuk tubuh manusia kerana ia diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh serta mengawal jangkitan penyakit.

Tetapi anda harus ingat bahawa kandungan kolestrol normal dalam badan bergantung kepada keperluan tubuh badan anda sendiri.

Tahukah anda ,kolestrol dalam tubuh akan pecah dan bertukar menjadi hormon yang dinamakan steroid? Hormon inilah yang bertindak balas dalam tubuh manusia untuk mengawal jangkitan penyakit.Kerana itulah kandungan kolestrol yang seimbang sangat diperlukan badan.

Terdapat beberapa faktor yang memungkinkan anda mempunyai kandungan kolestrol tinggi dalam tubuh.Antaranya ialah:
~Pemakanan
(gaya pemakanan perlu dijaga supaya tidak  mengambil makanan yang berlemak,berminyak)
~Keturunan
(kolestrol menyerang sesiapa sahaja)
~Masalah Hati
(Apabila organ bertindak balas dengan kolestrol dalam tubuh rosak,ia tak mampu berfungsi dengan normal.hati akan terus menghasilkan kolestrol dalam tubuh)

>>>sumber:Majalah rapi<<<



Isnin, 29 Disember 2014

MAKANAN TAMBAHAN AMALKAN SEJAK MUDA.

Sebenarnya tidak ramai yang sedar bahawa pengambilan pil tambahan ini seharusnya mula diamalkan ketika masih muda atau sebaik-baiknya seawal usia kanak-kanak lagi.

Perlu atau tidaknya pengambilan makanan tambahan sama ada dalam bentuk kapsul,tablet,serbuk mahupun sirap bergantung kepada tahap kesihatan dan amalan pemakanan seimbang.

Namun melihat kepada keadaan masyarakat hari ini yang sentiasa dibelenggu kesibukkan kerja hingga tiada masa untuk beriadah selain dibanjiri pelbagai jenis makanan segera yang mempunyai banyak bahan pengawet,menghalang mereka daripada mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Disebabkan  tidak mampu mendapatkan segala sumber khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan,pengambilan makanan tambahan sebagai alternatif adalah digalakkan.

Perlu diingat,manfaat mengamalkan pengambilan makanan tambahan akan dirasai dalam jangka masa panjang,terutama apabila usia semakin meningkat.

Oleh itu,sebaiknya ia dijadikan amalan harian bermula ketika masih kecil lagi.Apatah lagi pada tahap ini kanak-kanak sangat memerlukan semua zat supaya boleh membesar dengan baik.

Walau bagaimanapun,adalah lebih baik mendapatkan khasiat mineral yang diperlukan oleh tubuh badan daripada sumber semulajadi.

Serat,contohnya amat mudah diperoleh daripada sayur-sayuran bijirin dan buah-buahan.Sumber mudah bagi mendapatkan vitamin D pula melalui pendedahan terhadap cahaya matahari pagi selama lebih 15 minit setiapa hari.Untuk mendapatkan cukup kalsium pula,disarankan mengambil berasaskan susu.

HAIWAN JUGA ADA HAKNYA.

Walaupun ramai di kalangan manusia yang menggemari haiwan dan memiliki haiwan peliharaan ,tetapi kita sering menganggap makhluk itu tidak penting .Disebabkan rasa tidak penting itu,ada yang secara tidak sedar menganiaya dan berlaku kejam terhadap makhluk ciptaan Allah itu.

Tidak dinafikan,sesetengah orang menjadikan haiwan sebagai terapi.Malah ramai yang menganggap haiwan kesayangan seperti sahabat baik yang tidak pernah pandai mengkhianati atau menyinggung perasaaan.

Walau apa pun niat kita memelihara haiwan,sama ada sebagai hobi seperti memelihara kucing,untuk tujuan keselamatan seperti anjing atau untuk tujuan dagangan seperti lembu dan kambing,haiwan ini juga ada hak tersendiri.justeru sebagai penjaga ,ada hak dan etika yang perlu kita lunaskan terhadap haiwan-haiwan tersebut.

Jangan pandang remeh hal ini kerana islam sendiri tidak pernah memandang remeh terhadap tanggungjawab dan hak terhadap haiwan.

Rasulullah saw menunjukkan contoh terbaik dalam memuliakan dan menyayangi haiwan.Baginda sama sekali melarang penganiayaan dan kekejaman terhadap haiwan.Malah baginda sendiri menunjukkan kasih sayang terhadap makhluk tersebut.

MENJAGA LIDAH.

Lidah untuk berkata-kata tetapi adakah kita menggunakan lidah unuk meluahkan perkataan yang elok-elok???

Sebabnya yang sering berlaku,kita menggunakan lidah untuk berbual kosong,mengumpat,bercakap perkara sia-sia sehingga kadangkala melampaui batas.

Disebabkan itu,Rasulullah mengingatkan kita dalam sabdanya yang bermaksud,
"Sesungguhnya seorang hamba Allah mengucapkan satu-satunya perkataan yang dibenci Allah ia tidak ambil hirau,menyebabkan dia terjerumus ke dalam api neraka(jahanam)".(RIWAYAT BUKHARI)

Banyak sekali peringatan mengenai bahaya lidah ini.Dalam bahasa kita,istilah yang kita gunakan adalah mulut jahat.

Lidah memang tidak bertulang,mudah berkata tetapi kadangkala percakapan itu menolak seseorang ke jurang neraka.

Dalam hal ini Rasulullah bersabda lagi yang bermaksud,
"Tidak ada sesuatu yang menjerumuskan manusia ke dalam api neraka kecuali dosa-dosa percakapan kotor dan jahat."
(RIWAYAT AHLI SUNNAH DAN AHMAD)

Berbahasa kasar dan mulut jahat bukan tabiat orang beriman.

Hal ini seperti sabda Rasulullah yang bermaksud,
"Seseorang mukmin bukan seorang yang suka mencaci atau suka melaknat orang lain dan dia juga tidak bersifat jahat di samping ia tidak bersikap buruk."(RIWAYAT TARMIZI)

Ahad, 21 Disember 2014

Air Dan Kesihatan

Assalamualaikum...saya nak berkongsi tentang air dan kesihatan.

Air,jangan ditinggalkan...

Air membantu mencuci tubuh,mengeluarkan sisa yang tidak berguna dan juga toksin dari tubuh kita.

Manusia yang sering membiarkan diri mereka dehidrasi akan sering kelihatan letih,tidak bertenaga dan mudah sakit kepala.

Sering orang menyalah anggap yang rasa dahaga itu sebagai lapar,Oleh itu,pastikan tubuh sentiasa hidrasi dan pilihlah makanan yang lebih berkhasiat.

Minum air bukan sahaja untuk tujuan kesihatan,minum air ketika perut kosong juga memudahkan proses penghadaman iaitu ketika ke tandas pada waktu pagi.

Amalan ini juga baik kerana ia akan membuatkan perut mudah 'penuh' ketika anda bersarapan.Apa yang boleh anda buat adalah dengan mengamalkan 4 gelas air sebelum menggosok gigi.Ini bertujuan untuk membersihkan mulut anda.

Yang penting sekali perlu diingat ialah jangan ambil minuman manis atau makan dalam tempoh 45 minit selepas mengambil air masak.


Makan Ikan Hindari Risiko Kanser.

Beruntunglah anda yang mempunyai kegemaran makan ikan kerana anda berkemungkinan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk terkena kanser usus besar,demikian menurut sebuah analisis dari 41 penyelidikan dari seluruh dunia.

Analisis yang diterbitkan di dalam American journal of Medicine mengaitkan pengambilan ikan dengan manfaat kesihatan.

Hasil kajian yang diperolehi mendapati bahawa pengambilan ikan mempunyai hubung kait dengan kanser kolorektal.Secara keseluruhan,makan ikan secara rutin menyebabkan  penurunan risiko 12 peratus kematian disebabkan kanser usus  atau rektum.

Selain itu,mereka yang gemar makan ikan mungkin akan mendapat manfaat lebih kerana boleh terhindar dari penyakit jantung dan reproduksi.

Jika benar ikan biasa boleh memberikan manfaat besar tersebut,ia mungkin berasal dari kandungan omega-3 yang didapati pada ikan tertentu seperti ikan salmon dan sardin.

Kini tak perlu susah untuk mendapatkan khasiat dari kebaikan minyak ikan omega 3 dengan adanya Omega Guard...

Khamis, 18 Disember 2014

ANAK GENERASI SKRIN.

Peralihan zaman dan perubahan masa dapat disaksikan dengan ketara di kalangan masyarakat kini.Di mana sahaja tempat yang dituju dapat dilihat pelbagai versi skrin berada di tangan.Telefon bimbit,tablet dan pelbagai lagi.Jarak bukan lagi satu masalah untuk membatasi perhubungan .Informasi semuanya berada si hujung jari.

Persekitaran skrin yang sedang kita bina bersama ini sudah menuju ke arah pembentukan sebuah budaya masyarakat era 20-an.Persekitaran ini bukan sahaja memeberi kesan kepada masyarakat dewasa malah turut sama menerima tempiasnya adalah generasi anak-anak yang masih lagi muda.

Kemudahan capaian internet yang sinonim dengan kehadiran skrin ini membolehkan penggunanya melihat apa sahaja yang didingini dan berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa had dan batasannya.

Di sini timbul kebimbangan untuk membentuk akhlak anak-anak dan menghindarkannya daripada masalah akhlak yang sememangnya semakin meningkat dengan kehadiran skrin mudah alih seperti tablet dan telefon pintar.

Jadi,sebagai ibu bapa pada zaman skrin ini,bagi saya kita juga perlu bersama dengan zaman dari segi ilmu tentang kemahiran menggunakan internet,tablet dan sebagainya.Kemahiran dan ilmu yang kita miliki ini membolehkan kita untuk memantau aktiviti harian anak -anak kita sewaktu penggunaan internet.

Ibu bapa perlu berada di dalam kehidupan anak-anak mereka,berkawan dwngan anak di dalam fb mengawal selia pergerakannya di alam maya,menghadkan masa penggunaan internet atau segala macam skrin dan menegur kesilapan dan kesalahannya dalam dunia maya dan realiti.

Saya percaya jika anak ini diberikan kefahaman dan penegasan terhadap akhlak islami maka perwatakkan dan tindakannya juga akan terkawal walaupun di alam maya.

InsyaAllah walau apa pun zaman yang dihadapi anak-anak jika tasawur islamnya jelas.Persekitaran keluarganya jelas menerapkan islam sebagai cara hidup maka insyaAllah buah akhlak yang bakal hasil melalui peribadi anak juga akan elok dan baik...


Rabu, 17 Disember 2014

7 Langkah Jauhi Radang Sendi.

Penyakit artritis merupakan pembengkakan di sekitar sendi dan ia adalah salah satu  daripada kesan buruk gaya hidup yang tidak sihat,termasuklah amalan pemakanan yang tidak sihat.Penyakit yang melemahkan sendi ini mengurangkan gerakan dan menyebabkan sengal-sengal seiring dengan pertambahan usia.

Statistik menunjukkan bahawa penghidap artritis mengalami hari -hari yang menyakitkan 3 kali ganda berbanding orang sihat.Selain itu,kesannya juga terasa secara fizikal dan mental.

Sementara itu,menyembuhkan penyakit ini adalah proses yang sangat lambat dan menyakitkan.Oleh sebab itu,adalah lebih baik anda melakukan pencegahan sejak awal iaitu dengan menerapkan gaya hidup sihat.

7 langkah jauhi radang sendi adalah:

♡Minum banyak air.
~Air amat penting didalam tubuh untuk kegunaan sendi dan mengurangi kadar toksin di dalam tubuh serta menjadikan tubuh sentiasa segar.
♡jika tidak cukup air,sendi tidak dapat bergerak seperti sepatutnya.

♡Minum Jus.
~antioksidan yang terdapat di dalam jus oren di kenal pasti dapat mengurangi risiko radang sendi.

♡Minum susu.
~segelas susu dapat mencegah banyak penyakit san artritis salah satunya.
~kalsium dalam susu amat penting untuk pencegahan radang sendi.

♡Berjalan
~sendi kita perlu aktif dan sentiasa sihat,berjalan cepat dan berjoging adalah cara asas untuk melakukan hal ini.

♡Kasut yang sesuai.
~memakai kasut bukan hanya untuk cantik tetapi ia perlu untuk kesihatan kaki anda.

♡Olahraga ditempat kerja.
~jika pekerjaan anda memerlukan anda duduk selama berjam-jam menghadap komputer,cubalah beristirahat seketika seperti berjalan-jalan di sekitar pejabat.

♡Elak angkat berat.
~mengangkat barang -barang berat dengan kerap boleh memberi tekanan pada sendi sehingga menyebabkan sakit.

♡Ambil supplement.
~Minyak ikan dikatakan membantu dalam pencegahan artritis.Supplement ini merupakan sumber yang kaya dengan asid lemak omega 3 yang membantu menjaga kesihatan tubuh.

~sumber :infosihat (majalah mingguan wanita)

Selasa, 16 Disember 2014

Anak dan Asthma.

Asma (lelah) adalah sejenis penyakit di mana ia dipengaruhi oleh faktor genetik.

Jika kita mempunyai ahli keluarga yang disahkan menghidapi penyakit lelah,maka risiko untuk kita atau anak -anak untuk menghidap penyakit lelah adalah lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak lain yang tidak mempunyai ahli keluarga yang mengalami penyakit tersebut.

Bronchitis selalunya adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus.Ini juga akan menyebabkan paru-paru akan menghasilkan banyak kahak dan oleh itu memberi simptom yang lebih kurang sama dengan lelah .

Jika anak kita mengalami masalah ini,tidak bermakna dia akan menghidap penyakit lelah di kemudian hari.

Faktor persekitaran adalah penting di dalam pencegahan penyakit ini.Persekitaran yang berhabuk akan menggalakkan penyakit ini.Oleh itu,karpet adalah tidak sesuai dan patut dijauhkan.Keadaan yang berasap seperti asap rokok.Jika ada sesiapa yang merokok di dalam rumah,ini patut dicegah.Binatang peliharaan seperti kucing/hamster pun mesti dijauhkan untuk mengelakkan keadaan ini.

Kini dengan pengambilan supplement OMEGA GUARD +MEALSHAKE dapat membantu anak anda yang menghidapi asma...

berminat???
Sms/whatsapp intan salmah 016-5302857.

Isnin, 15 Disember 2014

Sakit Kepala.

Hampir semua orang sering berdepan dengan masalah sakit kepala tidak kira siapa ataupun pekerjaan apa.Sebenarnya terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan gejala ini terjadi.Antaranya ialah kurang tidur,stress disebabkan kerja (surirumah tidak terkecuali) atau tekanan pelajaran.

Ia boleh terjadi pada keseluruhan atau sebahagian kepala.Lebih teruk ,ia boleh menjalar ke wajah,mata,gigi,rahang bawah dan leher.Ia boleh datang dalam bentuk nyilu,berdenyut-denyut,berat,menusuk dan pelbagai lagi.Ada yang hanya mengalaminya sekejap sahaja,namun ada yang berhari-hari malah berbulan-bulan.

Hepertensi atau tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan sakit kepala. Akibatnya kepala terasa berat dan leher menjadi tegang.Selain faktor keturunan ,cara hidup dan pemakanan yang tidak sihat turut  menjadi penyumbang kepada masalah ini.Elak atau kurangkan makanan tinggi  lemak,bergaram ,jangan stress dan rajin bersenam.

Jika anda sakit kepala kerana tekanan darah tinggi ,segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.Bagi yang sudah sedia mempunyai penyakit ini,pengambilan ubat-ubatan sahaja tidak mencukupi.Ia harus disertai dengan amalan gaya hidup sihat.

Ada pelbagai sebab kenapa sakit kepala berlaku.Biasanya kita hanya akan makan ubat dan tidur dengan harapan sakit kepala akan hilang selepas bangun nanti.Namun bagaimana pula jika anda alergik terhadap ubat? Atau sakit kepala masih berlaku walaupun telah berkali-kali makan ubat ? Berikut adalah beberapa tips berguna dalam mengatasi sakit kepala secar efektif tanpa ubat:

♡Minum air kosong/air limau purut/teh.
♡Bernafas lebih tenang sambil menutup mata.
♡Spa/stim/mandi air panas.
♡picit /urutan kepala.
♡Meditasi/tidur.
♡Fikirkan perkara yang menenangkan .

~sumber: majalah rapi~


Ahad, 14 Disember 2014

Kolagen Di Hatiku.

Semakin kita menua,tubuh kita menghasilkan semakin kurang kolagen mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus,di samping kulit yang semakin kendur.

Umur bukanlah hanya 1 faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen di dalam tubuh kita.

Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari,radikal bebas di udara,air dan nutrisi,merokok dan lain-lain.

Justeru itu,SHAKLEE COLLAGEN POWDER mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.

7 ramuan utama termasuklah ekstrak biji camelia japonica,kolagen ikan,ekstak kekerang,lactobacillus acidophilus,vitamin C dan vitamin B digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.

Kolagen powder adalah supplement kolagen yang unggul,mengandungi 4,000 mg kolagen RSS (sisik ikan merah) proprietari,sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik ikan merah.

Kolagen shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular,sekitar 1,000 Dalton (berat molekular kolagen di sukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan..

Shaklee Rss kolagen terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan.Selepas menggunakannya selama 8 minggu,hasil menunjukkan tekstur keseluruhan kulit menjadi lebih baik meningkat sebanyak 71%.

Sabtu, 13 Disember 2014

Syukur Menambah kekayaan

Mencari kekayaan memang digalakkan dalam islam.Rasulullah sendiri walaupun bukan kaya harta benda tetapi tidak pernah mengabaikan aspek mencari rezeki.Ketika remajanya,baginda menjadi penternak dan pengembala kambing,sebelum menceburi bidang perniagaan.Hanya selwpas diangkat sebagai Rasulullah,baginda lebih menumpukan usaha kepada dakwah.

Bagaimanapun orang berharta yang paling baik sudah tentulah daripada kalangan orang yang juga beramal dan berbuat kebaikan.Hal ini seprti ditegaskan Allah dalam firmannya dalam surah al-kahfi:46 yang bermaksud,

"Harta benda dan anak -pinak adalah perhiasan dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik di sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan dan lebih baik sebagai asas yang memberikan  harapan."

Umat islam digalakkan menjadi umat yang kaya raya,kerana dengan kekayaan itu mereka dapat melancarkan lagi amal ibadat dan melaksanakan tuntutan syarak.Menjadi miskin kadangkala dibimbangkan akan menjebakkan sesorang ke dalam kekufuran.Hal ini seperti sabda Rasulullah yang diriwayatkan Abu Naim daripada Anas yang bermaksud,

"Hampir-hampir kefakiran itu menjadi kufur".

Bagaimanapun dalam islam ,kekayaan mestilah diperoleh dengan cara halal dan matlamatnya juga harus betul iaitu untuk laksanakan tuntutan syarak.Apabila kaya,jangan lupa bersyukur,jangan berbelanja secara boros atau jangan terlalu kedekut.

Bersyukurlah dengan kekayaan itu kerana dalam setiap kekayaan yang kita perolehi,ada hak yang perlu ditunaikan.

~sumber: Majalah Nur (hadis&falsafah)~

Jumaat, 12 Disember 2014

Tips Tingkatkan Susu Ibu

Ibu yang sihat bermula dengan nutrisi yang betul.Sememangnya dalam memberikan yang terbaik untuk yang tersayang ,para ibu perlu menyayangi diri mereka terlebih dahulu.

Diri perlu dijaga,dibelai dan dimanja umpama menyayangi insan tercinta.Justeru itu,pengambilan supplement adalah selain makanan seharian adalah perlu bagi memastikan kesihatan diri apatah lagi bagi mereka yang masih menyusukan bayi.

Ramai yang telah mula sedar tentang khasiat susu ibu,namun masih ramai yang bermasalah menyusui sendiri bayi mereka.Semuanya berpunca dari diri ibu itu sendiri yang kekurangan zat untuk menjana susu yang banyak serta kurang arif tentang teknik penyusuan  dan nutrisi yang betul dalam meningkatkan penghasilan susu.

Tambahan pula,ibu hari ini sibuk bekerja dan lambakan pelbagai jenama susu tepung di pasaran merumitkan lagi keadaan apabila ramai ibu mengambil jalan mudah dengan terus sahaja memberikan susu tepung kepada bayi.

Set Penyusuan shaklee menjadi bualan hangat sejak akhir-akhir ni dan telah ramai mengambilnya untuk meningkatkan penghasilan susu.Sebenarnya tiada rahsia melainkan rangkaian supplement berkhasiat agar dapat memenuhi keperluan nutrient penyusuaan ibu.

Anda tidak akan menyesal kerana di samping anak membesar selari dengan khasiat yang diperlukan,para ibu turut mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut seperti mengelak penyakit kanser ovari dan payudara.

Anda disarankan untuk menyusui secara eksklusif selama 6 bulan dan dengan meneruskannya dengan makanan tambahan sehingga bayi mencecah usia 2 tahun.

Nak tahu tentang set penyusuan shaklee bagi meningkatkan penghasilan susu silalah hubungi saya di nombor yang tertera di bawah.

Intan salmah 016-5302857.

HARGAILAH JANTUNG ANDA

Penyakit kronori jantung (CHD) atau penyakit jantung kronik antara punca kematian terbesar di kalangan penduduk di negara ini.Ia turut menjadi ancaman maut di negara-negara besar lain seperti Rusia,Amerika Selatan dan utara,Australia,New Zealand dan Eropah.
Diramalkan ia bakal menjadi 'pembunuh dalam senyap ' utama seluruh bemua di dunia menjelang tahun 2020.Persoalannya berapa ramaikah rakyat di negara ini mengetahui dengan jelas mengenai (CHD) dan siapakah golongan berisiko menghidapi penyakit berbahaya ini.
Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolestrol.Ia merupakan punca penyakit jantung.Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia.Bilangan  kematian akibat penyakit jantung di hospital kerajaan pada tahun 2005 sahaja adalah 5,247 orang.Tahun 2014 pastinya lebih banyak!
Tip Jaga Jantung
♡kawalan berat badan
♡pemakanan
♡bersenam
♡perubahan gaya hidup
♡berhenti merokok
Faktor dan punca penyakit jantung
♥kesesakan jalan raya
♥senaman dilakukan secara mendadak
♥pencemaran udara
♥emosi terganggu
♥seks
Apa sahaja jenis penyakit sebenarnya berpunca daripada sikap sambil lewa kita sendiri.Tidak mengambil berat tentang kesihatan kerana kita lebih senang untuk hanya bertindak selepas disahkan menghidap penyakit.Bukankah pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati? Tidak perlulah kita hanya sedar dan bersungguh-sungguh menyatakan rasa sayang kepada tubuh apabila sudah jatuh sakit.Serangan jantung boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa diduga ,jadi lebih baik ambil langkah pencegahan dengan hidup cara sihat bermulam hari ini.
~sumber : fokus sihat (Majalah Rapi)~

Rabu, 10 Disember 2014

BERSIKAP MENTAL POSITIF.

Mengenal diri sendiri  aitu orang yang mengetahui ke mana dirinya akan pergi,orang yang telah merumuskan rencana untuk mencapai tujuannya dan orang yang menggarap rencananya dengan kehendak untuk kejayaan,adalah suatu jiwa positif.Inilah yang merupakan unsur utama bagi sikap mental positif.

Orang yang memiliki mental positif,penuh harapan,yakin,mempunyai pembawaan baik,menyenangkan adalah orang yang tidak diragukan lagi memberikan pancaran kegembiraan ,kesihatan dan keriangan,keyakinan serta kebahagiaan di mana pun ia berada.Sifat,pakaian,sikap,percakapan dan segala yang dilakukannya mengarah pada kemajuaan dan kejayaan.Ia membawa suasana kejayaan ke mana sahaja ia pergi.Sikapnya yang sihat akan menghasilkan keadaan yang sihat pula."Dunia menyingkir ke tepi untuk membiarkannya lalu."

Sebaliknnya orang dengan sikap mental negatif,murung,takut,khuatir,cemas atau sedih,baik disedarinya atau tidak ,menurut hukum saranan akan menciptakan keadaan yang membuatkan orang lain sedih atau tidak senang,takut dan cemas.

Kejayaan lebih berakar pada sikap dan bukannya pada bakat .Orang tidak boleh berharap untuk mendapatkan kejayaan sebelum ia lebih dulu mengenal dirinya sendiri.Ia adalah segalanya.Tanpanya,hal lain menjadi kecil ertinya.Kita hanya akan bergerak ke sana ke mari tidak menentu.Fikiran negatif akan menimbulkan hal-hal negatif dalam hidup kita dan akhirnya kita terdampar di pantai sunyi.Marilah kita secara tegas menetapkan tidak akan menyusuri hal-hal negatif dalam perjalanan hidup kita.

Fikirkan hal -hal paling hebat
Dan engkau menjadi yang terhebat
Tetapkan akal pada hal tertinggi
Dan engkau akan mencapai yang tertinggi

Selasa, 9 Disember 2014

LELAKI LEBIH BERISIKO HIDAP BATU KARANG.

Penyakit batu karang boleh dikenali jika anda mengalami beberapa tanda seperti kulit berwarna kekuningan,air kencing gelap,demam panas dan sejuk.Ia disebabkan duktus hempedu yang tersumbat.Hati bertindak menghasilkan garam hempedu,cecair lemak,kolestrol dan bahan-bahan kimia yang lain.

Selain itu,jika anda turut mengalami gejala-gejala di bawah,segera berjumpa dengan doktor kerana batu karang biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda malah boleh keluar dari badan disedari.Namun ingat,ia juga boleh menyebabkan anda mengalami rasa sakit melampau.
♥air kencing yang mengandungi darah.
♥air kencing yang berwarna keruh.
♥rasa perit dan pedih ketika membuang air kecil.
♥sakit melampau pada bahagian belakang @tepi yang berpanjangan.
♥rasa mual,angin,kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.
♥sakit yang datang secara tiba -tiba ,konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat dibahagian tengah dan kanan atas abdomen.

Anda lebih berisiko menghidap batu karang berdasarkan ciri-ciri ini.
☆lelaki
☆berumur 40 tahun ke atas
☆indeks jisim tubuh (BMI) meningkat.
☆Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat sekaligus mengganggu sistem kimia yang menyebabkan pundi hempedu kurang mengecut.
☆kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.
☆mempunyai sejarah batu karang /ahli keluarga yang pernah mengalaminya.
☆kurang minum air
☆pemakanan yang tinggi kandungan protein,puri dan asid urik.

Tips cegah /untuk pesakit Batu Karang.
♡minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
♡elakkan minuman manis,terutama minuman karbonat.
♡kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukkanbatu karang.
♡elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato,bayam,lobak merah,daging,strawberi,koko dan teh.
♡kurangkan pengambilan garam dan gulam,termasuk ikan masin,jeruk dan coklat.
♡banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
♡kurangkan sumber protein haiwan,sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

*sumber rujukan:Majalah mingguan wanita.

10 MANFAAT VITAMIN C YANG WAJIB ANDA TAHU.

1)Membentuk kolagen
♥Merangsang pembentukan kolagen.kolagen adalah sebatian asas otot,tisu,gusi,rangka dan tulang rawan.Oleh itu,ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.

2.Memperbaiki simptom pendarahan
♥Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah,lebam dikulit,pemulihan kecederaan yang lambat,kulit kering,ruam dan kulit kasar.

3.Peningkatan sistem imun
♥Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik,membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman,mengukuhkan sistem imun,mempertingkatkan alergi hidung dan kulit,asthma.Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu dan selesema.

4.Mencantikkan kulit
♥Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah,melambatkan penuaan,dan menyekat pembentukkan pigmen.Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

5.Memperbaiki Insomnia
♥Ia membaiki insomnia,stress masalah berkaitan mental seperti keresahan.

6.Mengekalkan Kolestrol Sihat.
♥Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah,mengekalkan kapilari darah yang sihat,menghindarkan arteriosclerosis,thrombus,menghalang pendarahan dalaman,hidung berdarah,pendarahn serebral dan skuvi.

Berminat untuk mendapatkan kesihatan dan kecantikan yang anda inginkan...jangan malu-malu hubungi saya kawan-kawan.

Sms/whatsapp
Intan salmah 016-5302857.

Ahad, 7 Disember 2014

MINYAK IKAN BANTU TURUNKAN BERAT BADAN.

Kandungan asid lemak omega 3 dalam minyak ikan dapat meningkatkan aliran darah ke otot semasa bersenam.

Ia turut membantu merangsang enzim yang berperanan dalam penyingkiran lemak agar lemak dapat dimanfaatkan untuk tenaga.

Supplement minyak ikan omega 3 menjadi supplement semulajadi yang efektif untuk membantu menurunkan berat badan jika digabungkan dengan senaman.

Mereka yang mengambil asid lemak omega 3 juga memiliki kecenderungan antara 23-30% lebih kecil untuk mengalami penyakit gusi berbanding mereka yang mengambil sedikit.

Kajian juga menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular disamping memelihara tekanan dan paras trigliserida yang normal selain memelihara kesihatan otak,penglihatan dan fungsi sendi.

Petua Murah Rezeki.

Allah swt yang membukakan pintu rezeki kepada kita sehingga kita dapat hidup bernafas di muka bumi,beroleh kerjaya yang baik,dapat memberi keluarga makan pakai dan dapat pula menyumbang pada orang lain.Namun,sebagai hamba Allah,kita juga harus memyempurnakan beberapa perkara agar rezeki terus murah melimpah ruah.

1.Bertakwa kepada Allah,iaitu dengan beriman bersungguh-sunnguh,melakukan segala suruhan dan meninggalkan larangan.Allah berfirman dalam surah an-Nahl:97 yang bermaksud,

"Sesiapa yang beramal soleh,sama ada dari kalangan lelaki dan wanita,maka sesungguhnya Allah akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas yang lebih baik daripada yang mereka kerjakan."(Surah an-Nahl:97)

2.Bersyukur kepada Allah atas segala kurnia -Nya.Ini selaras dengan firman Allah dalam surah Ibrahim:7 yang bermaksud,

"Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya aku akan tambah nikmat-ku kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar,sesungguhnya azab-ku amatlah berat."

3.Bertaubat,membanyakkan istighfar,memohon keampunan kerana itulah yang menyebabkan kita akan dikasihi Allah dan seterusnya dibuka lebih pintu rezeki.

4.Melazimkan diri membaca surah al-waqiah yang terdapat dalam juzuk 20.Surah ini mengenai kejadian hari kiamat,mengenai 3 puak manusia di sana,iaitu puak kanan yang beroleh bahagia,puak kiri yang dimasukkan ke neraka dan puak 3 yang mendahului dalam kerja kebajikan yang beroleh kedusukan mulia di sisi Allah.Rasulullah bersabda yang diriwayatkan al-Baihaqi daropada ibnu Mas'ud,

"Sesiapa yang membaca surah al-waqiah setiap malam,nescaya tidak ditimpa kemiskinan selama-lamanya."

Vitamin C.

Vitamin c merupakan suatu vitamin yang diperlukan oleh setiap peringkat umur.
Ia berfungsi sebagai antioksida yang dapat melindungi tubuh daripada serangan radikal bebas.
Radikal bebas boleh digambarkan sebagai molekul oksigen yang tidak stabil yang  terjadi hasil daripada proses metabolik sel-sel kita dan sesuatu yang tidak dapat kita elakkan dalam kehidupan seharian.
Ia juga terdiri daripada bahan toksik yang boleh  menyebabkan kerosakkan bukan sahaja pada dinding sel tetapi juga bahan -bahan genetik di dalam sel.
Kerosakan kekal ini akan mempercepatkan proses penuaan dan sekaligus meningkatkan risiko kesihatan individu.

Vitamin C juga dikenali sebagai asid borik adalah bahan yang mudah larut yang hampir sama dengan glukos.
Ianya merupakan Vitamin yang paling kurang stabil dan sangat sensitif terhadap oksigen.
Keberkesanannya boleh terjejas apabila terdedah kepada cahaya,udara dan haba.
Vitamin C perlu diambil setiap hari kerana tubuh kita tidak boleh menyimpan jumlah yang banyak.

Kekurangan vitamin C boleh mendatangkan akibat yang negatif kepada fungsi tubuh kita.
Diantaranya menjejaskan keberkesanan sistem tubuh kita untuk mengurangkan kolestrol.
Sistem ketahanan badan untuk melawan jangkitan dan penyakit juga akan terjejas.
Dengan Vitamin C,kolestrol dalam darah tidak akan mudah mengalami oksidasi yang merupakan antara sebab penyakit jantung dan strok.
Tekanan darah tinggi juga boleh dikurangkan dengan vitamin C.

Kandungan asid askorbik di dalam darah boleh berkurangan apabila merokok.
Pesakit kanser dan pesakit yang menjalani dialisis juga mempunyai kebarangkalian besar kekurangan Vitamin C.
Oleh itu,adalah disarankan perokok dan juga penghidap penyakit-penyakit kronik mena,menambah dos Vitamin C dalam pemakanan mereka.

Banyak lagi kelebihan vitamin C selain yang telah dihuraikan.
Ternyata kekurangan Vitamin C dalam tubuh boleh mendatangkan kemudaratan yang sangat serius.
Namun begitu,pengambilan dos Vitamin C yang berlebihan tidak menjadi masalah kerana nutrien bersifat larut air dan mudah dikeluarkan melalui peluh dan lawas.

Tanda Dehidrasi.

Kita harus mengekalkan air di dalam badan bagi memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik.

Kehilangan air di dalam badan dinamakan sebagai dehidrasi iaitu jumlah air yang keluar adalah lebih besar daripada jumlah air yang masuk ke dalam tubuh.

Antara punca dehidrasi adalah kehilangan terlalu banyak air dalam satu - satu masa yang mana juga berpunca daripada iklim cuaca yang panas,terlalu kerap kencing,mengeluarkan peluh dengan banyak hasil daripada aktiviti - aktiviti berat dan muntah juga antara faktor yang menyebabkan dehidrasi.

Antara tanda terkena dehidrasi adalah dahaga,warna air kencing yang keruh,mulut menjadi kering,otot menjadi lemah dan sakit kepala.

Dehidrasi boleh menyebabkan kematian tetapi bergantung kepada tahap dehidrasi yang dialami.

Sabtu, 6 Disember 2014

Adakah anda mengambil Vitamin E dengan cukup???

Seseorang perlu mengambil makanan seperti 1 kg biji gandum,500 ml minyak safflower,8 kg bayam dan 500 g badam untuk se-sel sihat melawan radikal bebas.

Vitamin E merupakan sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung,otak dan prostat disamping meningkatkan fungsi peparu,kolon dan fungsi imun.

Vitamin E juga mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% dan strok dengan 33%.

Kesimpulannya,tambahan harian SE (200 ug) dan Vitamin E boleh meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat & perlindungan,terutamanya pada motilitas sperma.

KESABARAN ADALAH BENTENG TERKUAT HADAPI MUSIBAH.

Rukun iman ke - 6 menyuruh umat islam percaya akan qada dan qadar.Setiap apa yang berlaku ke atas manusia,wajib diterima dengan hati redha sama ada ia satu kegembiraan ataupun musibah .Walaupun pahit untuk ditelan ,namun ujian yang didatangkan ke atas setiap hamba Allah itu pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.

"Tiada  suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula ) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Loh Mahfuz) sebelum kami menciptakannya.
Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(kami jelaskan yang demikian itu ) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu,dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.
Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakandiri."
(Al-Hadid:22-23)

Sebagai hamba yang lemah,seharusnya kita menyediakan diri untuk menghadapi apa jua musibah yang bakal mendatang.
Hanya keimanan dan kesabaran menjadi perisai terkuat untuk meringankan dan menghilangkan duka akibat musibah yang menimpa .
Contohilah keperibadian Rasulullah dalam menghadapi kesulitan ,kecemasan  dan kesedihan dalam kehidupannya.

Jumaat, 5 Disember 2014

Vitamin C yang memadai dari buah.

Setiap hidangan buah - buahan membekalkan sekitar 45-60 mg vitamin c.

Buah- buahan  akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum.

Oleh yang demikian,buah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit.

Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.

Sustained Release Vita- C yang merupakan produk  pertama yang menawarkan Vitamin C dengan kawalan perlepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietari dengan sistem penyaluran semulajadi yang melepaskan Vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa 5 jam

Vitamin C merupakan nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh yang
♡dapat menyokong kesihatan jantung.
♡kesihatan imun.
♡keutuhan sel.
♡kesihatan mata,gusi,tulang,otot dan pembuluh darah.