Isnin, 15 Disember 2014

Sakit Kepala.

Hampir semua orang sering berdepan dengan masalah sakit kepala tidak kira siapa ataupun pekerjaan apa.Sebenarnya terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan gejala ini terjadi.Antaranya ialah kurang tidur,stress disebabkan kerja (surirumah tidak terkecuali) atau tekanan pelajaran.

Ia boleh terjadi pada keseluruhan atau sebahagian kepala.Lebih teruk ,ia boleh menjalar ke wajah,mata,gigi,rahang bawah dan leher.Ia boleh datang dalam bentuk nyilu,berdenyut-denyut,berat,menusuk dan pelbagai lagi.Ada yang hanya mengalaminya sekejap sahaja,namun ada yang berhari-hari malah berbulan-bulan.

Hepertensi atau tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan sakit kepala. Akibatnya kepala terasa berat dan leher menjadi tegang.Selain faktor keturunan ,cara hidup dan pemakanan yang tidak sihat turut  menjadi penyumbang kepada masalah ini.Elak atau kurangkan makanan tinggi  lemak,bergaram ,jangan stress dan rajin bersenam.

Jika anda sakit kepala kerana tekanan darah tinggi ,segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.Bagi yang sudah sedia mempunyai penyakit ini,pengambilan ubat-ubatan sahaja tidak mencukupi.Ia harus disertai dengan amalan gaya hidup sihat.

Ada pelbagai sebab kenapa sakit kepala berlaku.Biasanya kita hanya akan makan ubat dan tidur dengan harapan sakit kepala akan hilang selepas bangun nanti.Namun bagaimana pula jika anda alergik terhadap ubat? Atau sakit kepala masih berlaku walaupun telah berkali-kali makan ubat ? Berikut adalah beberapa tips berguna dalam mengatasi sakit kepala secar efektif tanpa ubat:

♡Minum air kosong/air limau purut/teh.
♡Bernafas lebih tenang sambil menutup mata.
♡Spa/stim/mandi air panas.
♡picit /urutan kepala.
♡Meditasi/tidur.
♡Fikirkan perkara yang menenangkan .

~sumber: majalah rapi~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan