Jumaat, 12 Disember 2014

HARGAILAH JANTUNG ANDA

Penyakit kronori jantung (CHD) atau penyakit jantung kronik antara punca kematian terbesar di kalangan penduduk di negara ini.Ia turut menjadi ancaman maut di negara-negara besar lain seperti Rusia,Amerika Selatan dan utara,Australia,New Zealand dan Eropah.
Diramalkan ia bakal menjadi 'pembunuh dalam senyap ' utama seluruh bemua di dunia menjelang tahun 2020.Persoalannya berapa ramaikah rakyat di negara ini mengetahui dengan jelas mengenai (CHD) dan siapakah golongan berisiko menghidapi penyakit berbahaya ini.
Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolestrol.Ia merupakan punca penyakit jantung.Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia.Bilangan  kematian akibat penyakit jantung di hospital kerajaan pada tahun 2005 sahaja adalah 5,247 orang.Tahun 2014 pastinya lebih banyak!
Tip Jaga Jantung
♡kawalan berat badan
♡pemakanan
♡bersenam
♡perubahan gaya hidup
♡berhenti merokok
Faktor dan punca penyakit jantung
♥kesesakan jalan raya
♥senaman dilakukan secara mendadak
♥pencemaran udara
♥emosi terganggu
♥seks
Apa sahaja jenis penyakit sebenarnya berpunca daripada sikap sambil lewa kita sendiri.Tidak mengambil berat tentang kesihatan kerana kita lebih senang untuk hanya bertindak selepas disahkan menghidap penyakit.Bukankah pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati? Tidak perlulah kita hanya sedar dan bersungguh-sungguh menyatakan rasa sayang kepada tubuh apabila sudah jatuh sakit.Serangan jantung boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa diduga ,jadi lebih baik ambil langkah pencegahan dengan hidup cara sihat bermulam hari ini.
~sumber : fokus sihat (Majalah Rapi)~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan