Ahad, 7 Disember 2014

Petua Murah Rezeki.

Allah swt yang membukakan pintu rezeki kepada kita sehingga kita dapat hidup bernafas di muka bumi,beroleh kerjaya yang baik,dapat memberi keluarga makan pakai dan dapat pula menyumbang pada orang lain.Namun,sebagai hamba Allah,kita juga harus memyempurnakan beberapa perkara agar rezeki terus murah melimpah ruah.

1.Bertakwa kepada Allah,iaitu dengan beriman bersungguh-sunnguh,melakukan segala suruhan dan meninggalkan larangan.Allah berfirman dalam surah an-Nahl:97 yang bermaksud,

"Sesiapa yang beramal soleh,sama ada dari kalangan lelaki dan wanita,maka sesungguhnya Allah akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas yang lebih baik daripada yang mereka kerjakan."(Surah an-Nahl:97)

2.Bersyukur kepada Allah atas segala kurnia -Nya.Ini selaras dengan firman Allah dalam surah Ibrahim:7 yang bermaksud,

"Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya aku akan tambah nikmat-ku kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar,sesungguhnya azab-ku amatlah berat."

3.Bertaubat,membanyakkan istighfar,memohon keampunan kerana itulah yang menyebabkan kita akan dikasihi Allah dan seterusnya dibuka lebih pintu rezeki.

4.Melazimkan diri membaca surah al-waqiah yang terdapat dalam juzuk 20.Surah ini mengenai kejadian hari kiamat,mengenai 3 puak manusia di sana,iaitu puak kanan yang beroleh bahagia,puak kiri yang dimasukkan ke neraka dan puak 3 yang mendahului dalam kerja kebajikan yang beroleh kedusukan mulia di sisi Allah.Rasulullah bersabda yang diriwayatkan al-Baihaqi daropada ibnu Mas'ud,

"Sesiapa yang membaca surah al-waqiah setiap malam,nescaya tidak ditimpa kemiskinan selama-lamanya."

1 ulasan:

  1. Info menarik..semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dilimpahi rezeki yg halal.

    BalasPadam