Ahad, 7 Disember 2014

Vitamin C.

Vitamin c merupakan suatu vitamin yang diperlukan oleh setiap peringkat umur.
Ia berfungsi sebagai antioksida yang dapat melindungi tubuh daripada serangan radikal bebas.
Radikal bebas boleh digambarkan sebagai molekul oksigen yang tidak stabil yang  terjadi hasil daripada proses metabolik sel-sel kita dan sesuatu yang tidak dapat kita elakkan dalam kehidupan seharian.
Ia juga terdiri daripada bahan toksik yang boleh  menyebabkan kerosakkan bukan sahaja pada dinding sel tetapi juga bahan -bahan genetik di dalam sel.
Kerosakan kekal ini akan mempercepatkan proses penuaan dan sekaligus meningkatkan risiko kesihatan individu.

Vitamin C juga dikenali sebagai asid borik adalah bahan yang mudah larut yang hampir sama dengan glukos.
Ianya merupakan Vitamin yang paling kurang stabil dan sangat sensitif terhadap oksigen.
Keberkesanannya boleh terjejas apabila terdedah kepada cahaya,udara dan haba.
Vitamin C perlu diambil setiap hari kerana tubuh kita tidak boleh menyimpan jumlah yang banyak.

Kekurangan vitamin C boleh mendatangkan akibat yang negatif kepada fungsi tubuh kita.
Diantaranya menjejaskan keberkesanan sistem tubuh kita untuk mengurangkan kolestrol.
Sistem ketahanan badan untuk melawan jangkitan dan penyakit juga akan terjejas.
Dengan Vitamin C,kolestrol dalam darah tidak akan mudah mengalami oksidasi yang merupakan antara sebab penyakit jantung dan strok.
Tekanan darah tinggi juga boleh dikurangkan dengan vitamin C.

Kandungan asid askorbik di dalam darah boleh berkurangan apabila merokok.
Pesakit kanser dan pesakit yang menjalani dialisis juga mempunyai kebarangkalian besar kekurangan Vitamin C.
Oleh itu,adalah disarankan perokok dan juga penghidap penyakit-penyakit kronik mena,menambah dos Vitamin C dalam pemakanan mereka.

Banyak lagi kelebihan vitamin C selain yang telah dihuraikan.
Ternyata kekurangan Vitamin C dalam tubuh boleh mendatangkan kemudaratan yang sangat serius.
Namun begitu,pengambilan dos Vitamin C yang berlebihan tidak menjadi masalah kerana nutrien bersifat larut air dan mudah dikeluarkan melalui peluh dan lawas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan