Selasa, 30 Disember 2014

KENAPA MAKAN BUAH SEBELUM MAKAN.

Buah biasanya dijadikan makanan segar untuk pencuci mulut selepas makan makanan utama.Namun,kebiasaan ini tidak baik.Cara yang betul adalah makan buah sebelum menikmati hidangan utama.

Hal ini kerana kandungan gula di dalam buah memerlukan masa untuk dicerna.Apabila kita makan buah selepas makan,ia boleh membuatkan perut kita mengalami masalah pencernaan.Apabila hal ini berlaku,nutrisi makanan yang lain tidak dapat diserap dengan baik di dalam tubuh.

Makan buah amat disarankan ketika sarapan.Makan pada waktu pagi dengan potongan buah dan jus berbanding makan sepinggan nasi beserta lauk-pauk lebih di utamakan.Ini adalah kerana buah boleh membantu meningkatkan gula dalam tubuh dengan perlahan.selain itu,makan buah yang sihat sebaiknya tidak dicampurkan dengan bahan tambahan seperti mayones atau aiskrim.

Buah yang sihat untuk dimakan adalah buah-buahan segar.Buah jenis ini lebih baik dibandingkan dengan buah diproses,di dalam tin ataupun buah yang dijadikan jus.Makan buah ketika perut kosong sangat baik agar tubuh dapat menyerap nutrisinya dengan maksimum.

>>>sumber:majalah rapi<<<

Tiada ulasan:

Catat Ulasan