Rabu, 17 Disember 2014

7 Langkah Jauhi Radang Sendi.

Penyakit artritis merupakan pembengkakan di sekitar sendi dan ia adalah salah satu  daripada kesan buruk gaya hidup yang tidak sihat,termasuklah amalan pemakanan yang tidak sihat.Penyakit yang melemahkan sendi ini mengurangkan gerakan dan menyebabkan sengal-sengal seiring dengan pertambahan usia.

Statistik menunjukkan bahawa penghidap artritis mengalami hari -hari yang menyakitkan 3 kali ganda berbanding orang sihat.Selain itu,kesannya juga terasa secara fizikal dan mental.

Sementara itu,menyembuhkan penyakit ini adalah proses yang sangat lambat dan menyakitkan.Oleh sebab itu,adalah lebih baik anda melakukan pencegahan sejak awal iaitu dengan menerapkan gaya hidup sihat.

7 langkah jauhi radang sendi adalah:

♡Minum banyak air.
~Air amat penting didalam tubuh untuk kegunaan sendi dan mengurangi kadar toksin di dalam tubuh serta menjadikan tubuh sentiasa segar.
♡jika tidak cukup air,sendi tidak dapat bergerak seperti sepatutnya.

♡Minum Jus.
~antioksidan yang terdapat di dalam jus oren di kenal pasti dapat mengurangi risiko radang sendi.

♡Minum susu.
~segelas susu dapat mencegah banyak penyakit san artritis salah satunya.
~kalsium dalam susu amat penting untuk pencegahan radang sendi.

♡Berjalan
~sendi kita perlu aktif dan sentiasa sihat,berjalan cepat dan berjoging adalah cara asas untuk melakukan hal ini.

♡Kasut yang sesuai.
~memakai kasut bukan hanya untuk cantik tetapi ia perlu untuk kesihatan kaki anda.

♡Olahraga ditempat kerja.
~jika pekerjaan anda memerlukan anda duduk selama berjam-jam menghadap komputer,cubalah beristirahat seketika seperti berjalan-jalan di sekitar pejabat.

♡Elak angkat berat.
~mengangkat barang -barang berat dengan kerap boleh memberi tekanan pada sendi sehingga menyebabkan sakit.

♡Ambil supplement.
~Minyak ikan dikatakan membantu dalam pencegahan artritis.Supplement ini merupakan sumber yang kaya dengan asid lemak omega 3 yang membantu menjaga kesihatan tubuh.

~sumber :infosihat (majalah mingguan wanita)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan