Ahad, 21 Disember 2014

Makan Ikan Hindari Risiko Kanser.

Beruntunglah anda yang mempunyai kegemaran makan ikan kerana anda berkemungkinan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk terkena kanser usus besar,demikian menurut sebuah analisis dari 41 penyelidikan dari seluruh dunia.

Analisis yang diterbitkan di dalam American journal of Medicine mengaitkan pengambilan ikan dengan manfaat kesihatan.

Hasil kajian yang diperolehi mendapati bahawa pengambilan ikan mempunyai hubung kait dengan kanser kolorektal.Secara keseluruhan,makan ikan secara rutin menyebabkan  penurunan risiko 12 peratus kematian disebabkan kanser usus  atau rektum.

Selain itu,mereka yang gemar makan ikan mungkin akan mendapat manfaat lebih kerana boleh terhindar dari penyakit jantung dan reproduksi.

Jika benar ikan biasa boleh memberikan manfaat besar tersebut,ia mungkin berasal dari kandungan omega-3 yang didapati pada ikan tertentu seperti ikan salmon dan sardin.

Kini tak perlu susah untuk mendapatkan khasiat dari kebaikan minyak ikan omega 3 dengan adanya Omega Guard...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan