Ahad, 7 Disember 2014

MINYAK IKAN BANTU TURUNKAN BERAT BADAN.

Kandungan asid lemak omega 3 dalam minyak ikan dapat meningkatkan aliran darah ke otot semasa bersenam.

Ia turut membantu merangsang enzim yang berperanan dalam penyingkiran lemak agar lemak dapat dimanfaatkan untuk tenaga.

Supplement minyak ikan omega 3 menjadi supplement semulajadi yang efektif untuk membantu menurunkan berat badan jika digabungkan dengan senaman.

Mereka yang mengambil asid lemak omega 3 juga memiliki kecenderungan antara 23-30% lebih kecil untuk mengalami penyakit gusi berbanding mereka yang mengambil sedikit.

Kajian juga menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular disamping memelihara tekanan dan paras trigliserida yang normal selain memelihara kesihatan otak,penglihatan dan fungsi sendi.

1 ulasan: