Isnin, 29 Disember 2014

MAKANAN TAMBAHAN AMALKAN SEJAK MUDA.

Sebenarnya tidak ramai yang sedar bahawa pengambilan pil tambahan ini seharusnya mula diamalkan ketika masih muda atau sebaik-baiknya seawal usia kanak-kanak lagi.

Perlu atau tidaknya pengambilan makanan tambahan sama ada dalam bentuk kapsul,tablet,serbuk mahupun sirap bergantung kepada tahap kesihatan dan amalan pemakanan seimbang.

Namun melihat kepada keadaan masyarakat hari ini yang sentiasa dibelenggu kesibukkan kerja hingga tiada masa untuk beriadah selain dibanjiri pelbagai jenis makanan segera yang mempunyai banyak bahan pengawet,menghalang mereka daripada mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Disebabkan  tidak mampu mendapatkan segala sumber khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan,pengambilan makanan tambahan sebagai alternatif adalah digalakkan.

Perlu diingat,manfaat mengamalkan pengambilan makanan tambahan akan dirasai dalam jangka masa panjang,terutama apabila usia semakin meningkat.

Oleh itu,sebaiknya ia dijadikan amalan harian bermula ketika masih kecil lagi.Apatah lagi pada tahap ini kanak-kanak sangat memerlukan semua zat supaya boleh membesar dengan baik.

Walau bagaimanapun,adalah lebih baik mendapatkan khasiat mineral yang diperlukan oleh tubuh badan daripada sumber semulajadi.

Serat,contohnya amat mudah diperoleh daripada sayur-sayuran bijirin dan buah-buahan.Sumber mudah bagi mendapatkan vitamin D pula melalui pendedahan terhadap cahaya matahari pagi selama lebih 15 minit setiapa hari.Untuk mendapatkan cukup kalsium pula,disarankan mengambil berasaskan susu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan