Ahad, 7 Disember 2014

Tanda Dehidrasi.

Kita harus mengekalkan air di dalam badan bagi memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik.

Kehilangan air di dalam badan dinamakan sebagai dehidrasi iaitu jumlah air yang keluar adalah lebih besar daripada jumlah air yang masuk ke dalam tubuh.

Antara punca dehidrasi adalah kehilangan terlalu banyak air dalam satu - satu masa yang mana juga berpunca daripada iklim cuaca yang panas,terlalu kerap kencing,mengeluarkan peluh dengan banyak hasil daripada aktiviti - aktiviti berat dan muntah juga antara faktor yang menyebabkan dehidrasi.

Antara tanda terkena dehidrasi adalah dahaga,warna air kencing yang keruh,mulut menjadi kering,otot menjadi lemah dan sakit kepala.

Dehidrasi boleh menyebabkan kematian tetapi bergantung kepada tahap dehidrasi yang dialami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan