Isnin, 29 Disember 2014

HAIWAN JUGA ADA HAKNYA.

Walaupun ramai di kalangan manusia yang menggemari haiwan dan memiliki haiwan peliharaan ,tetapi kita sering menganggap makhluk itu tidak penting .Disebabkan rasa tidak penting itu,ada yang secara tidak sedar menganiaya dan berlaku kejam terhadap makhluk ciptaan Allah itu.

Tidak dinafikan,sesetengah orang menjadikan haiwan sebagai terapi.Malah ramai yang menganggap haiwan kesayangan seperti sahabat baik yang tidak pernah pandai mengkhianati atau menyinggung perasaaan.

Walau apa pun niat kita memelihara haiwan,sama ada sebagai hobi seperti memelihara kucing,untuk tujuan keselamatan seperti anjing atau untuk tujuan dagangan seperti lembu dan kambing,haiwan ini juga ada hak tersendiri.justeru sebagai penjaga ,ada hak dan etika yang perlu kita lunaskan terhadap haiwan-haiwan tersebut.

Jangan pandang remeh hal ini kerana islam sendiri tidak pernah memandang remeh terhadap tanggungjawab dan hak terhadap haiwan.

Rasulullah saw menunjukkan contoh terbaik dalam memuliakan dan menyayangi haiwan.Baginda sama sekali melarang penganiayaan dan kekejaman terhadap haiwan.Malah baginda sendiri menunjukkan kasih sayang terhadap makhluk tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan