Selasa, 30 Disember 2014

KOLESTROL TIDAK MENGIRA SAIZ BADAN.

Kolestrol merupakan sejenis zat dalam golongan lemak.Ia boleh didapati dengan kadar tinggi dalam lemak haiwan dan sangat rendah di dalam sayuran.Sama seperti minyak sapi dan susu yang telah diproses menjadi keju atau mentega.Kandungan kolestrol paling tinggi terdapat pada daging kambing dan kuning telur.

Masalah kolestrol sering dikaitkan dengan mereka yang berbadan besar atau berisi .Tanggapan itu silap kerana kandungan kolestrol tinggi dalam darah sebenarnya tiada kaitan secara langsung dengan saiz badan seseorang.Jadi ,anda janganlah hairan jika orang kurus turut mempunyai paras kolestrol yang tinggi.

Namun begitu,kolestrol juga penting untuk tubuh manusia kerana ia diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh serta mengawal jangkitan penyakit.

Tetapi anda harus ingat bahawa kandungan kolestrol normal dalam badan bergantung kepada keperluan tubuh badan anda sendiri.

Tahukah anda ,kolestrol dalam tubuh akan pecah dan bertukar menjadi hormon yang dinamakan steroid? Hormon inilah yang bertindak balas dalam tubuh manusia untuk mengawal jangkitan penyakit.Kerana itulah kandungan kolestrol yang seimbang sangat diperlukan badan.

Terdapat beberapa faktor yang memungkinkan anda mempunyai kandungan kolestrol tinggi dalam tubuh.Antaranya ialah:
~Pemakanan
(gaya pemakanan perlu dijaga supaya tidak  mengambil makanan yang berlemak,berminyak)
~Keturunan
(kolestrol menyerang sesiapa sahaja)
~Masalah Hati
(Apabila organ bertindak balas dengan kolestrol dalam tubuh rosak,ia tak mampu berfungsi dengan normal.hati akan terus menghasilkan kolestrol dalam tubuh)

>>>sumber:Majalah rapi<<<



Tiada ulasan:

Catat Ulasan