Sabtu, 13 Disember 2014

Syukur Menambah kekayaan

Mencari kekayaan memang digalakkan dalam islam.Rasulullah sendiri walaupun bukan kaya harta benda tetapi tidak pernah mengabaikan aspek mencari rezeki.Ketika remajanya,baginda menjadi penternak dan pengembala kambing,sebelum menceburi bidang perniagaan.Hanya selwpas diangkat sebagai Rasulullah,baginda lebih menumpukan usaha kepada dakwah.

Bagaimanapun orang berharta yang paling baik sudah tentulah daripada kalangan orang yang juga beramal dan berbuat kebaikan.Hal ini seprti ditegaskan Allah dalam firmannya dalam surah al-kahfi:46 yang bermaksud,

"Harta benda dan anak -pinak adalah perhiasan dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik di sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan dan lebih baik sebagai asas yang memberikan  harapan."

Umat islam digalakkan menjadi umat yang kaya raya,kerana dengan kekayaan itu mereka dapat melancarkan lagi amal ibadat dan melaksanakan tuntutan syarak.Menjadi miskin kadangkala dibimbangkan akan menjebakkan sesorang ke dalam kekufuran.Hal ini seperti sabda Rasulullah yang diriwayatkan Abu Naim daripada Anas yang bermaksud,

"Hampir-hampir kefakiran itu menjadi kufur".

Bagaimanapun dalam islam ,kekayaan mestilah diperoleh dengan cara halal dan matlamatnya juga harus betul iaitu untuk laksanakan tuntutan syarak.Apabila kaya,jangan lupa bersyukur,jangan berbelanja secara boros atau jangan terlalu kedekut.

Bersyukurlah dengan kekayaan itu kerana dalam setiap kekayaan yang kita perolehi,ada hak yang perlu ditunaikan.

~sumber: Majalah Nur (hadis&falsafah)~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan