Khamis, 18 Disember 2014

ANAK GENERASI SKRIN.

Peralihan zaman dan perubahan masa dapat disaksikan dengan ketara di kalangan masyarakat kini.Di mana sahaja tempat yang dituju dapat dilihat pelbagai versi skrin berada di tangan.Telefon bimbit,tablet dan pelbagai lagi.Jarak bukan lagi satu masalah untuk membatasi perhubungan .Informasi semuanya berada si hujung jari.

Persekitaran skrin yang sedang kita bina bersama ini sudah menuju ke arah pembentukan sebuah budaya masyarakat era 20-an.Persekitaran ini bukan sahaja memeberi kesan kepada masyarakat dewasa malah turut sama menerima tempiasnya adalah generasi anak-anak yang masih lagi muda.

Kemudahan capaian internet yang sinonim dengan kehadiran skrin ini membolehkan penggunanya melihat apa sahaja yang didingini dan berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa had dan batasannya.

Di sini timbul kebimbangan untuk membentuk akhlak anak-anak dan menghindarkannya daripada masalah akhlak yang sememangnya semakin meningkat dengan kehadiran skrin mudah alih seperti tablet dan telefon pintar.

Jadi,sebagai ibu bapa pada zaman skrin ini,bagi saya kita juga perlu bersama dengan zaman dari segi ilmu tentang kemahiran menggunakan internet,tablet dan sebagainya.Kemahiran dan ilmu yang kita miliki ini membolehkan kita untuk memantau aktiviti harian anak -anak kita sewaktu penggunaan internet.

Ibu bapa perlu berada di dalam kehidupan anak-anak mereka,berkawan dwngan anak di dalam fb mengawal selia pergerakannya di alam maya,menghadkan masa penggunaan internet atau segala macam skrin dan menegur kesilapan dan kesalahannya dalam dunia maya dan realiti.

Saya percaya jika anak ini diberikan kefahaman dan penegasan terhadap akhlak islami maka perwatakkan dan tindakannya juga akan terkawal walaupun di alam maya.

InsyaAllah walau apa pun zaman yang dihadapi anak-anak jika tasawur islamnya jelas.Persekitaran keluarganya jelas menerapkan islam sebagai cara hidup maka insyaAllah buah akhlak yang bakal hasil melalui peribadi anak juga akan elok dan baik...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan