Selasa, 9 Disember 2014

LELAKI LEBIH BERISIKO HIDAP BATU KARANG.

Penyakit batu karang boleh dikenali jika anda mengalami beberapa tanda seperti kulit berwarna kekuningan,air kencing gelap,demam panas dan sejuk.Ia disebabkan duktus hempedu yang tersumbat.Hati bertindak menghasilkan garam hempedu,cecair lemak,kolestrol dan bahan-bahan kimia yang lain.

Selain itu,jika anda turut mengalami gejala-gejala di bawah,segera berjumpa dengan doktor kerana batu karang biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda malah boleh keluar dari badan disedari.Namun ingat,ia juga boleh menyebabkan anda mengalami rasa sakit melampau.
♥air kencing yang mengandungi darah.
♥air kencing yang berwarna keruh.
♥rasa perit dan pedih ketika membuang air kecil.
♥sakit melampau pada bahagian belakang @tepi yang berpanjangan.
♥rasa mual,angin,kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.
♥sakit yang datang secara tiba -tiba ,konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat dibahagian tengah dan kanan atas abdomen.

Anda lebih berisiko menghidap batu karang berdasarkan ciri-ciri ini.
☆lelaki
☆berumur 40 tahun ke atas
☆indeks jisim tubuh (BMI) meningkat.
☆Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat sekaligus mengganggu sistem kimia yang menyebabkan pundi hempedu kurang mengecut.
☆kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.
☆mempunyai sejarah batu karang /ahli keluarga yang pernah mengalaminya.
☆kurang minum air
☆pemakanan yang tinggi kandungan protein,puri dan asid urik.

Tips cegah /untuk pesakit Batu Karang.
♡minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
♡elakkan minuman manis,terutama minuman karbonat.
♡kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukkanbatu karang.
♡elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato,bayam,lobak merah,daging,strawberi,koko dan teh.
♡kurangkan pengambilan garam dan gulam,termasuk ikan masin,jeruk dan coklat.
♡banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
♡kurangkan sumber protein haiwan,sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

*sumber rujukan:Majalah mingguan wanita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan