Selasa, 6 Januari 2015

APA ERTI ANAK CACAT.

Di kalangan orang melayu,kalau dianugerahkan anak cacat itu mengaitkannya dengan sumpahan,ada sesuatu yang tidak baik dalam keluarga itu atau keturunannya.Dengan itu,anak yang cacat itu dikurung atau disembunyikan kerana "MALU".

Sebenarnya kalau kita membaca dan meneliti dan beberapa surah dalam al-Quran sebenarnya setiap manusia itu telah dianugerahkan dwngan potensi untuk dilahirkan,dibesarkan sebagai insan yang cemerlang,khalifah di bumi.

Anak yang dikatakan cacat itu sebenarnya ialah anak ISTIMEWA sebagai anugerah yang amat besar kepada ibu bapa yang terpilih sahaja.Ia adalah anugerah kepada masyarakat supaya mencari dan memerhatikan tentang masalah yang dihadapi oleh anak itu dan mencari cara rawatan atau mengambil tindakan untuk menyerlahkan potensi anak yang telah dibekalkan oleh Allah yang Esa.

Dengan itu,anak istimewa memerlukan ibu bapa istimewa.Ibu bapa istimewa inilah yang terpilih yang akan dapat menyelamatkan insya-Allah cabaran -cabaran di dalam persekitaran hidup kita yang kian mencabar dengan adanya pembangunan yang begitu pesat.Tetapi tidak seimbang dengan pembangunan  manusia dan spiritual manusia pada hari ini.

Sekiranya kita memerhatikan hakikat bahawa anak itu tidak cacat,hanya memerlukan program dan layanan yang istimewa,potensi yang adanya dapat diserlahkan.Dan anak yang cacat itu boleh pulih serta dibawa balik ke alam manusia normal.

Dengan itu,sekiranya orang islam percaya kepada anugerah Allah,kita mesti berusaha dan yakin kepada Allah sahaja dengan kita menyakini bahawa "Tiada penyakit yang tidak ada ubatnya,tiada masalah yang tidak ada penyelesaiannya".

Oleh sebab itu,Allah telah mengganugerahkan manusia dengan otak dan sistem saraf yang boleh dibangunkan ke tahap setinggi mungkin.Sekiranya manusia itu faham cara otak itu membangun,apakah faktor yang boleh meningkatkan pembangunan dan apa pula yang boleh mencacat-cederakan  pembangunan itu? Kerana sebenarnya otak dan sistem saraflah yang membezakan di antara manusia dengan dinasour,di antara manusia dengan buaya ,di antara manusia dengan ular dan lain-lain lagi.

Di dalam bahasa latin,otak diberi nama BAKA HOMO-SAPIEN.Tidak ada bezanya orang melayu dengan orang cina,India,Amerika,Jepun atau Arab.Otak adalah sama tidak kira bangsa atau asal keturunan atau latar belakang ibu bapa serta satu-satu masyarakat itu.

>>>sumber:majalah pa&ma<<<

Jumaat, 2 Januari 2015

MEAL SHAKE MAKANAN SEGERA UNTUK SEISI KELUARGA.

MEAL SHAKES merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.Dan lagi,ia mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Siapa yang perlukan MEAL SHAKES???
♡seisi keluarga
♡kanak-kanak cerewet makan
♡golongan pekerja dan sibuk
♡golongan pelajar
♡warga emas

Dalam kehidupan seharian yang sentiasa aktif dan serba pantas,kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan yang seimbang.Oleh itu,MEAL SHAKES menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak dan Indeks Glisemik Rendah.
♥menyediakan vitamin dan mineral penting-nutrien asaa yang diperlukan oleh anak-anak yang sedang membesar dan remaja untuk terus sihat dan bertenaga.
♥sumber terbaik serat pemakanan dan protein.
♥sumber kalsium yang pekat,baik untuk gigi dan tulang.
♥Indeks Glisemik Rendah.
♥Dengan perisa french vanila yang lazat.

Hanya 120 kalori untuk setiap hidangan.Boleh juga dicampur atau dikisar bersama buah-buahan,atau apa-apa jenis minuman kegemaran.

Berminat untuk mencuba khasiat dalam MEAL SHAKES...jangan malu-malu hubungi saya (Intan salmah 016-5302857.)

>>>produk ini tidak bertujuan untuk mengdiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang penyakit <<<

AJAR SI KECIL BERPAKAIAN.

Si kecil semakin membesar,pelbagai karenah mesti dihadapi malahan perasaan ingin tahunya juga semakin tinggi.Apa sahaja yang dilakukan oleh mereka yang berada di sekelilingnya mahu sahaja ditiru apatahlagi si cilik juga berasa boleh berdikari melakukan sesuatu tanpa bantuan anda.

Dalam usia 3 hingga 4 tahun,si cilik mahu mencuba memakai baju sendiri.Walaupun pada mulanya baju yang dipakai mungkin terbalik,namun ini adalah tahap pembelajarannya yang pertama dan ini akan dilakukan lebih baik hari demi hari.

Pada usia sebegini,si cilik boleh mulakan dengan langkah yang mudah seperti mengenakan zip seluar,belajar memakai butang baju dan memakai kasut yang mempunyai 'velcro' (kasut lengkap tampal).Padankan seluar yang mempunyai tali pinggang sedia lebih memudahkan mereka mengenai pembelajaran.

Menjadi tanggungjawab ibu bapa  juga untuk mendidik anak-anak agar mengenakan pakaian yang sopan.Apatahlagi jika anak berkenaan sudah sampai ke tahap usia yang wajar,maka mereka harus diberitahu mengenai etika berpakaian mengenai etika berpakaian yang sopan,mengapa perlu menutup aurat,apa pentingnya pakaian sebegitu terhadap terhadap mereka dan galakkan agama terhadap aspek pemakaian.

Sebagai ibu bapa Muslim,agak memalukan jika anak-anak(terutamanya yang semakin remaja)masih tidak kenal etika berpakaian yang sesuai untuk remaja Muslim dan Muslimah.

KITA BERSAUDARA

Semua orang islam adalah bersaudara.Justeru itu,usahlah rasa terbuang dan tersisih kerana ikatan agama itu lebih kuat mengikat diri andai kita hayati pegangan sebagai orang islam.

Disebabkan itu juga umat Islam dianjurkan supaya hidup bersatu padu dan harmoni kerana ini merupakan kunci kekuatan ummah.Hindarilah hasad dengki kerana itu akan memberikan impak perpecahan dan kemunduran.

Kuatnya ikatan kasih kerana agama sehingga kita sanggup berkorban untuk saudara seagama,kita rasa sakit andai saudara kita disakiti dan kita rasa sedih andai saudara kita dihina.

Ini juga menepati sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang,ramah mesra dan hubungan baik mmereka adalah seperti satu jasad ,apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan swmua anggota berjaga malam menahan sakit ". (Riwayat Muslim)

>>>sumber:Majalah Nur<<<

Selasa, 30 Disember 2014

KENAPA MAKAN BUAH SEBELUM MAKAN.

Buah biasanya dijadikan makanan segar untuk pencuci mulut selepas makan makanan utama.Namun,kebiasaan ini tidak baik.Cara yang betul adalah makan buah sebelum menikmati hidangan utama.

Hal ini kerana kandungan gula di dalam buah memerlukan masa untuk dicerna.Apabila kita makan buah selepas makan,ia boleh membuatkan perut kita mengalami masalah pencernaan.Apabila hal ini berlaku,nutrisi makanan yang lain tidak dapat diserap dengan baik di dalam tubuh.

Makan buah amat disarankan ketika sarapan.Makan pada waktu pagi dengan potongan buah dan jus berbanding makan sepinggan nasi beserta lauk-pauk lebih di utamakan.Ini adalah kerana buah boleh membantu meningkatkan gula dalam tubuh dengan perlahan.selain itu,makan buah yang sihat sebaiknya tidak dicampurkan dengan bahan tambahan seperti mayones atau aiskrim.

Buah yang sihat untuk dimakan adalah buah-buahan segar.Buah jenis ini lebih baik dibandingkan dengan buah diproses,di dalam tin ataupun buah yang dijadikan jus.Makan buah ketika perut kosong sangat baik agar tubuh dapat menyerap nutrisinya dengan maksimum.

>>>sumber:majalah rapi<<<

KOLESTROL TIDAK MENGIRA SAIZ BADAN.

Kolestrol merupakan sejenis zat dalam golongan lemak.Ia boleh didapati dengan kadar tinggi dalam lemak haiwan dan sangat rendah di dalam sayuran.Sama seperti minyak sapi dan susu yang telah diproses menjadi keju atau mentega.Kandungan kolestrol paling tinggi terdapat pada daging kambing dan kuning telur.

Masalah kolestrol sering dikaitkan dengan mereka yang berbadan besar atau berisi .Tanggapan itu silap kerana kandungan kolestrol tinggi dalam darah sebenarnya tiada kaitan secara langsung dengan saiz badan seseorang.Jadi ,anda janganlah hairan jika orang kurus turut mempunyai paras kolestrol yang tinggi.

Namun begitu,kolestrol juga penting untuk tubuh manusia kerana ia diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh serta mengawal jangkitan penyakit.

Tetapi anda harus ingat bahawa kandungan kolestrol normal dalam badan bergantung kepada keperluan tubuh badan anda sendiri.

Tahukah anda ,kolestrol dalam tubuh akan pecah dan bertukar menjadi hormon yang dinamakan steroid? Hormon inilah yang bertindak balas dalam tubuh manusia untuk mengawal jangkitan penyakit.Kerana itulah kandungan kolestrol yang seimbang sangat diperlukan badan.

Terdapat beberapa faktor yang memungkinkan anda mempunyai kandungan kolestrol tinggi dalam tubuh.Antaranya ialah:
~Pemakanan
(gaya pemakanan perlu dijaga supaya tidak  mengambil makanan yang berlemak,berminyak)
~Keturunan
(kolestrol menyerang sesiapa sahaja)
~Masalah Hati
(Apabila organ bertindak balas dengan kolestrol dalam tubuh rosak,ia tak mampu berfungsi dengan normal.hati akan terus menghasilkan kolestrol dalam tubuh)

>>>sumber:Majalah rapi<<<



Isnin, 29 Disember 2014

MAKANAN TAMBAHAN AMALKAN SEJAK MUDA.

Sebenarnya tidak ramai yang sedar bahawa pengambilan pil tambahan ini seharusnya mula diamalkan ketika masih muda atau sebaik-baiknya seawal usia kanak-kanak lagi.

Perlu atau tidaknya pengambilan makanan tambahan sama ada dalam bentuk kapsul,tablet,serbuk mahupun sirap bergantung kepada tahap kesihatan dan amalan pemakanan seimbang.

Namun melihat kepada keadaan masyarakat hari ini yang sentiasa dibelenggu kesibukkan kerja hingga tiada masa untuk beriadah selain dibanjiri pelbagai jenis makanan segera yang mempunyai banyak bahan pengawet,menghalang mereka daripada mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Disebabkan  tidak mampu mendapatkan segala sumber khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan,pengambilan makanan tambahan sebagai alternatif adalah digalakkan.

Perlu diingat,manfaat mengamalkan pengambilan makanan tambahan akan dirasai dalam jangka masa panjang,terutama apabila usia semakin meningkat.

Oleh itu,sebaiknya ia dijadikan amalan harian bermula ketika masih kecil lagi.Apatah lagi pada tahap ini kanak-kanak sangat memerlukan semua zat supaya boleh membesar dengan baik.

Walau bagaimanapun,adalah lebih baik mendapatkan khasiat mineral yang diperlukan oleh tubuh badan daripada sumber semulajadi.

Serat,contohnya amat mudah diperoleh daripada sayur-sayuran bijirin dan buah-buahan.Sumber mudah bagi mendapatkan vitamin D pula melalui pendedahan terhadap cahaya matahari pagi selama lebih 15 minit setiapa hari.Untuk mendapatkan cukup kalsium pula,disarankan mengambil berasaskan susu.