Selasa, 6 Januari 2015

APA ERTI ANAK CACAT.

Di kalangan orang melayu,kalau dianugerahkan anak cacat itu mengaitkannya dengan sumpahan,ada sesuatu yang tidak baik dalam keluarga itu atau keturunannya.Dengan itu,anak yang cacat itu dikurung atau disembunyikan kerana "MALU".

Sebenarnya kalau kita membaca dan meneliti dan beberapa surah dalam al-Quran sebenarnya setiap manusia itu telah dianugerahkan dwngan potensi untuk dilahirkan,dibesarkan sebagai insan yang cemerlang,khalifah di bumi.

Anak yang dikatakan cacat itu sebenarnya ialah anak ISTIMEWA sebagai anugerah yang amat besar kepada ibu bapa yang terpilih sahaja.Ia adalah anugerah kepada masyarakat supaya mencari dan memerhatikan tentang masalah yang dihadapi oleh anak itu dan mencari cara rawatan atau mengambil tindakan untuk menyerlahkan potensi anak yang telah dibekalkan oleh Allah yang Esa.

Dengan itu,anak istimewa memerlukan ibu bapa istimewa.Ibu bapa istimewa inilah yang terpilih yang akan dapat menyelamatkan insya-Allah cabaran -cabaran di dalam persekitaran hidup kita yang kian mencabar dengan adanya pembangunan yang begitu pesat.Tetapi tidak seimbang dengan pembangunan  manusia dan spiritual manusia pada hari ini.

Sekiranya kita memerhatikan hakikat bahawa anak itu tidak cacat,hanya memerlukan program dan layanan yang istimewa,potensi yang adanya dapat diserlahkan.Dan anak yang cacat itu boleh pulih serta dibawa balik ke alam manusia normal.

Dengan itu,sekiranya orang islam percaya kepada anugerah Allah,kita mesti berusaha dan yakin kepada Allah sahaja dengan kita menyakini bahawa "Tiada penyakit yang tidak ada ubatnya,tiada masalah yang tidak ada penyelesaiannya".

Oleh sebab itu,Allah telah mengganugerahkan manusia dengan otak dan sistem saraf yang boleh dibangunkan ke tahap setinggi mungkin.Sekiranya manusia itu faham cara otak itu membangun,apakah faktor yang boleh meningkatkan pembangunan dan apa pula yang boleh mencacat-cederakan  pembangunan itu? Kerana sebenarnya otak dan sistem saraflah yang membezakan di antara manusia dengan dinasour,di antara manusia dengan buaya ,di antara manusia dengan ular dan lain-lain lagi.

Di dalam bahasa latin,otak diberi nama BAKA HOMO-SAPIEN.Tidak ada bezanya orang melayu dengan orang cina,India,Amerika,Jepun atau Arab.Otak adalah sama tidak kira bangsa atau asal keturunan atau latar belakang ibu bapa serta satu-satu masyarakat itu.

>>>sumber:majalah pa&ma<<<

Tiada ulasan:

Catat Ulasan