Jumaat, 2 Januari 2015

AJAR SI KECIL BERPAKAIAN.

Si kecil semakin membesar,pelbagai karenah mesti dihadapi malahan perasaan ingin tahunya juga semakin tinggi.Apa sahaja yang dilakukan oleh mereka yang berada di sekelilingnya mahu sahaja ditiru apatahlagi si cilik juga berasa boleh berdikari melakukan sesuatu tanpa bantuan anda.

Dalam usia 3 hingga 4 tahun,si cilik mahu mencuba memakai baju sendiri.Walaupun pada mulanya baju yang dipakai mungkin terbalik,namun ini adalah tahap pembelajarannya yang pertama dan ini akan dilakukan lebih baik hari demi hari.

Pada usia sebegini,si cilik boleh mulakan dengan langkah yang mudah seperti mengenakan zip seluar,belajar memakai butang baju dan memakai kasut yang mempunyai 'velcro' (kasut lengkap tampal).Padankan seluar yang mempunyai tali pinggang sedia lebih memudahkan mereka mengenai pembelajaran.

Menjadi tanggungjawab ibu bapa  juga untuk mendidik anak-anak agar mengenakan pakaian yang sopan.Apatahlagi jika anak berkenaan sudah sampai ke tahap usia yang wajar,maka mereka harus diberitahu mengenai etika berpakaian mengenai etika berpakaian yang sopan,mengapa perlu menutup aurat,apa pentingnya pakaian sebegitu terhadap terhadap mereka dan galakkan agama terhadap aspek pemakaian.

Sebagai ibu bapa Muslim,agak memalukan jika anak-anak(terutamanya yang semakin remaja)masih tidak kenal etika berpakaian yang sesuai untuk remaja Muslim dan Muslimah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan